Seorang hamba sahaya bernama Tsauban amat menyayangi dan merindui
Nabi Muhammad saw. Sehari tidak berjumpa Nabi, dia rasakan seperti setahun.
Kalau boleh dia hendak bersama Nabi setiap masa. Jika tidak bertemu Rasulullah,
dia amat berasa sedih, murung dan seringkali menangis. Rasulullah juga demikian
terhadap Tsauban. Baginda mengetahui betapa hebatnya kasihsayang Tsauban
terhadap dirinya.
Suatu hari
Tsauban berjumpa Rasulullah saw. Katanya "Ya Rasulullah, saya sebenarnya
tidak sakit, tapi saya sangat sedih jika berpisah dan tidak bertemu denganmu
walaupun sekejap. Jika dapat bertemu, barulah hatiku tenang dan bergembira
sekali. Apabila memikirkan akhirat, hati saya bertambah cemas, takut-takut
tidak dapat bersama denganmu. Kedudukanmu sudah tentu di syurga yang tinggi,
manakala saya belum tentu kemungkinan di syurga paling bawah atau paling
membimbangkan tidak dimasukkan ke dalam syurga langsung. Ketika itu saya tentu
tidak bersua muka denganmu lagi."
Mendengar kata
Tsauban, baginda amat terharu. Namun baginda tidak dapat berbuat apa-apa kerana
itu urusan Allah. Setelah peristiwa itu, turunlah wahyu kepada Rasulullah saw,
bermaksud "Barangsiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka
itu nanti akan bersama mereka yang diberi nikmat oleh Allah iaitu para nabi,
syuhada, orang-orang soleh dan mereka yang sebaik-baik teman."
Mendengarkan jaminan Allah ini, Tsauban menjadi gembira semula.
Moral & Iktibar
Cinta kepada Rasulullah
adalah cinta sejati yang berlandaskan keimanan yang tulen
Mencintai Rasul bermakna
mencintai Allah
Kita bersama siapa yang
kita sayangi. Jika di dunia sayangkan nabi, insyallah kita bersama nabi di
akhirat nanti
Hati yang dalam
kecintaan terhadap seseorang akan merasa rindu yang teramat sangat jika tidak bertemu
Pasangan sahabat yang
berjumpa dan berpisah kerana Allah semata-mata akan mendapat naungan Arasy di
hari akhirat kelak
Rasulullah amat
mengetahui mana-mana umatnya yang mencintai baginda, meskipun baginda sudah
wafat.
Rasulullah memberi syafaat
kepada sesiapa di antara umatnya yang mengasihi baginda
Sebaik-baik sahabat
ialah mereka yang berkawan di atas landasan keagamaan dan semata-mata kerana
Allah.
Greaat blog post
ReplyDelete